Jumaat, 11 November 2011

Semangat Tolong menolong dalam Masyarakat Malaysia

Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran adalah orang atau golongan yang tinggal berhampiran dengan kita. Malahan, tidak keterhaluan kalau dikatakan pembentukan sebuah masyarakat adalah berperanan daripada wujudnya jiran, iaitu orang yang tinggal bersebelahan,berhadapan, di belakang atau 40 buah rumah sekeliling kita. Pendekkata, setiap individu yang berada dalam masyarakat akan hidup dikelilingi oleh jiran.

Untuk hidup berjiran, kita perlu memiliki semangat kejiranan. Semangat ini lahir daripada kesedaran dan inisiatif kita untuk mewujudkannya. Sekiranya ahli masyarakat tidak mempunyai kesedaran terhadap masalah kejiranan ini, akan pincanglah perhubungan antara ahli masyarkat yang akhirnya membawa perpecahan, perbalahan dan huru- hara. Soal siapa yang harus membentuknya tidak penting, tetapi rasa kemesraan dalam pergaulan, sikap berbudi bahasa, bertolak ansur, dan rasa persahabatan itu sebenarnya yang akan mewujudkan semangat kejiranan ini secara tidak langsung.

Semangat kejiranan ini sangat penting kerana perhubungan erat sebagaimana ''aur dengan tebing'' akan dijalinkan. Sikap seperti ''enau dalam belukar'' yang hanya mementingkan diri sendiri tidak patutlah ditunjuk dalam kehidupan bermasyarakat. Sampai bila kita boleh menunjukkan sikap bongkak, jika pada suatu hari nanti kita sendiri memerlukan pertolongan orang lain. Tidak ada orang yang boleh hidup bersendirian dalam dunia ini. Sekiranya kita ditimpa bencana atau musibah, pertolongan jiran tetangga amat diperlukan pada masakecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Jika semangat kejiranan diamalkan, perpaduan masyarakat akan dicapai. Secara tidak langsung, semangat ini juga mampu membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman di negara ini. Semangat kejiranan akan membawa banyak kemaslahatan kepada kita semua. Kita perlulah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan semangat hidup berjiran. Jiran kita terdiri daripada berbeza latar belakang dan bangsa dan akan menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu semasa berkunjung atau menziarahi mereka. Sebagai contoh, jika berjirankan seorang guru, kita dapat menanyakan soalan yang berkaitan dengan pelajaran dan akan meyelesaikan masalah kita dengan senang. Contoh kedua, jika berjirankan seorang yang tidak sama kaum dengan kita, kita akan mengetahui adat resam dan cara hidup mereka.

Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran tetangga memainkan peranan dan mengambil inisiatif yang efiesien melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara- perkara yang meragukan.

Dengan adanya semangat kejiranan ini diamalkan, sesuatu masalah akan dapat diatasi dengan segera. Contohnya, kenduri-kendara dapat senang dijalankan. Gotong- royong membersihkan tanah perkuburan, balai raya, membuat jambatan dan sebagainya juga dapat dilakukan tanpa mengeluarkan belanja kerana semua ini dilakukan secara sukarela. Secara tidak langsung, kita dapat menjimat wang. Hidup berjiran boleh membentuk perpaduan. Negara yang maju memerlukan rakyat yang bersatu agar tenaga dapat digembleng bersama seperti bersatu teguh, bercerai roboh untuk mencapai kemajuan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan segera jika ada persefahaman dan tolenrasi dalam membuat sesuatu keputusan.


Dengan semangat yang penuh didada rakyat malaysia.Kini Malaysia telah menjadi sebuah negara yang maju kehadapan dalam bidang pentdbiran,ekonomi,pendidikan dan pelbagai lagi.

1 ulasan:

  1. terima kasih!!! karangan ini membantu saya untuk ujian saya

    BalasPadam