Rabu, 16 November 2011
Kepentingan Perpaduan Kaum
Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia. Apa yang dikatakan konsep 1Malaysia? Konsep ini membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan. Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. Malaysia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan